Saturday 10 October 2015

[EVENT] JEMPUTAN KE RANCANGAN "APA KATA WANITA"

Assalamualikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.

Baru-baru ini, Mayra berpeluang menonton rancangan “Apa Kata Wanita” di TV1 secara live! Dapat masuk studio kau… hahaha Dapat juga masuk Tv secara live. Tapi sis jadi audience je tau! Bukan jadi panel. Bukan apa, lepas jer balik dari program tu, banyak pula kawan-kawan yang ucap tahniah, sebab dah famous sekarang. Famous??? Depa salah faham ni. Hahaha.

Rancangan ni bermula pukul 11 pagi, tapi kami dah sampai Angkasapuri pukul 9 lagi. Haha punyalah bersemangat. Drive sengsorang pergi Angkasapuri, jakun jugak! First time sampai Angakasapuri kata kau. Oh ya! Kunjungan Mayra untuk rancangan “Apa Kata Wanita” atas undangan team Hai! Blogger tau. (Thankyu Halim sebab ajak Mayra join sekali)


Selfie dulu sementara nak tunggu masuk studio. Ni selfie geng pompuan jer yaw. Yang geng lelaki depa dah ada selfie sendiri. Huhu

Siaran “Apa Kata Wanita” pada minggu ini bertemakan tentang Usahawan Online Cilik. Dengar tajuk pon Mayra dah teruja. Sebab mungkin dapat menolong Mayra dan memberi semangat nak buka online shop. (InsyaAllah bulan depan launch. Nantikan ok!)

bersama ahli panel yang terbaikkk..

Bila tengok ahli-ahli panel, Mayra terkejut. Mereka sememangnya cilik! Tapi kecil-kecil cili padi tau! Bayangkan, salah seorang ahli panel, adik Addiena, baru berusia 12 tahun, tapi sekarang sudah berjaya dengan business online beliau. Adik Addiena ni dah berjinak dalam business online ni sejak berumur 11 tahun lagi tau. Kecik-kecik dah pandai cari pendapatan sendiri. Kita masa umur 12 tahun dulu buat ape??? Huhu jawab sendiri lah yer.
Begitu juga dengan adik Haffiz Arffin, baru berusia 14 tahun tapi dah terlibat dengan perniagaan online ni.. katanya dia bermula berniaga sejak sekolah rendah lagi bila dia membuat dan menjual origami. Bermodalkan kertas yang berharga 20 sen, dia boleh jual origami tu dengan harga seringgit! Haaaa sekarang ni adik Haffiz berjaya dengan business onlinenya dengan menjual CoolHijab. Wah wah wah.. Blogger dan juga pelajar UiTM, Lia Omey pun sama juga.. Dengan biz perfume De’ Xandra, dia mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan.. Memang terbaik…..

untuk mengenali mereka dengan lebih dekat
Adik Addiena - Blog
Haffiz Ariffin - Facebook
Lia Omey - Instagram


[Tonton Siaran Apa Kata Wanita “Usahawan Online Cilik” DI SINI]
Geng-geng Hai!Blogger. Datin Zamzurina pon ada sama!
Memang tak dapat dinafikan, business online sekarang dah jadi fenomena. Semua orang nak berniaga, almaklumlah, kalau nak harapkan makan gaji, memang sampai bila-bila tak cukup! Sekarang ni, tak kiralah anda pelajar, penjawat awam even suri rumah sekalipon, kita boleh cari pendapatan sampingan melalui business online.

Anyway, insyaAllah November ni Mayra akan launch my new Online Shop. Jual Ape? Nama apa? Tunggu dulu. Nama dah ada. Barang pon dah ada. Tunggu launch jer. Doakan perancangan ni berjaya sebab Mayra tersangat busy dengan class. Maklumlah semester baru bukak kan. Huhu

Oklah, sampai di sini sahaja entry kali ini. Jumpa lagi di next enty yaw.
Bye Assalamualaikum.
XOXO

No comments:

Post a Comment